fbpx

Keputusan Pas untuk terus kekal bersama PN telah diduga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (lima dari kanan) meninjau pembinaan Dewan Terbuka Taman Semerah Indah, Pontian hari ini.

PONTIAN – Tindakan Pas untuk terus bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah diduga dan bukan sesuatu yang memeranjatkan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, walaupun sebelum ini ada permintaan dari Pas Johor supaya mereka bersama Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRN Johor, namun tidak menjadi kenyataan keputusan terbaru itu.

Katanya, ini menunjukkan Pas telah memilih untuk kekal bersama PN sebagaimana PRN Melaka sebelum sempat pimpinan Pas Johor mengadakan rundingan dengan BN dan UMNO Negeri Johor.

“UMNO telah bersedia untuk berhadapan dengan calon Pas yang akan mewakili PN selain Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) , Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Dengan penggunaan dua logo bagi PH, satu menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu lagi logo PH, ini menunjukkan telah berlaku perpecahan dikalangan PH.

“Jika itu keputusan Pas, UMNO dan BN telah bersedia untuk menentang mana-mana calon dalam PRN dan terserah kepada pengundi untuk membuat pemilihan nanti,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan Dewan Terbuka di Taman Semerah Indah, di sini, petang ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang menyatakan Bersatu dan Pas kekal bersama bagi menghadapi PRN Johor.

Malah, katanya, gabungan itu juga mengambil iktibar daripada keputusan PRN Melaka untuk menyusun semula strategi bagi menentukan faktor kemenangan PN dalam PRN Johor.

Tambah Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian, kenyataan itu akan menguatkan lagi tekad BN dan UMNO untuk bergerak solo tanpa Pas sebagaimana yang dibuktikan semasa PRN Melaka.

“Harap selepas ini tiada lagi suara-suara yang menyalahkan UMNO diatas kegagalan untuk melaksanakan MN di Johor kerana Pas sendiri telah membuat keputusan untuk bersama PN dan menolak UMNO,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI