fbpx

Empat individu dikompaun lepas ternakan di kawasan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA haiwan yang ditangkap dan disita dalam operasi khas itu di sekitar Kuala Selangor kelmarin.

KUALA SELANGOR – Tindakan empat pemilik ternakan melepaskan lembu dan kambing di kawasan awam di daerah ini mengundang padah apabila dikompaun pihak berkuasa dalam operasi khas kelmarin.

Kesalahan itu dikesan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama polis yang menjalankan pemantauan dan sitaan di sekitar Bestari Jaya, Ijok dan Jeram, bermula kira-kira pukul 9.30 pagi.

Setiausaha MPKS, Mohamad Yusli Askandar berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat awam mengenai kewujudan haiwan ternakan di kawasan awam termasuk taman perumahan.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada tindakan kompaun ke atas empat pemilik ternakan berusia 30 hingga 70 tahun.

“Dalam operasi selama lebih 10 jam itu,  dua lembu dan dua kambing di kawasan berjaya ditangkap sebelum disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 4 (4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 kerana melepaskan ternakan di kawasan yang tidak dibenarkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI