fbpx

Saya nampak Daniel betul-betul insaf – Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli Sidek

SUNGAI BULOH – “Saya nampak perubahan dalam diri Daniel Iskandar selepas terpalit dengan kejadian cubaan mencuri tabung masjid.”

Itu luahan Datuk kepada Daniel Iskandar Mohd. Nasir, Rosli Sidek, 65 ketika ditemui Kosmo! selepas selesai pertemuan antara pelbagai pihak di Masjid Al Islahiah, Kuang di sini hari ini.

“Saya bagi pihak cucu saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini sehingga ia berjaya mencapai kata sepakat untuk bermaafan antara satu sama lain.

“Cucu saya juga ada berjumpa dengan saya dan bersungguh-sungguh memohon kemaafan selain tidak mahu mengulangi kesilapan sama.

“Saya sendiri telah memaafkan dia dan nampak perubahannya yang cukup insaf dengan tingkah lakunya sebelum ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, tingkah laku cucunya berkemungkinan disebabkan faktor salah memilih rakan sehingga sanggup melakukan perkara diluar jangkaan.

“Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak namun berkemungkinan dia tersalah pilih rakan untuk bergaul.

“Namun semuanya sudah berakhir, tidak perlu untuk mengungkit kisah lama dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran,” kata bekas pekerja Utusan di Bangi tersebut.

Tambahnya, sepanjang tahun lalu, sebanyak tiga musibah berlaku sehingga awal tahun ini membabitkan ahli keluarganya.

“Tiga musibah yang berlaku tersebut membabitkan kematian abang ipar dan isteri pada tahun lalu yang berlaku selang dua minggu sebelum kejadian membabitkan Daniel berlaku.

“Saya tabah menghadapi dugaan ini dan berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan termasuk mengungkit kisah membabitkan Daniel,” jelasnya

Difahamkan, Daniel Iskandar buat masa ini diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di sebuah pusat jagaan untuk proses pemulihan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI