fbpx

Pengarah syarikat bergelar Datuk bebas 118 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jayakumar (tengah) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk daripada 118 pertuduhan iaitu 43 pertuduhan melibatkan pemindahan wang berjumlah RM16.5 juta dan 75 pertuduhan memberikan invois palsu berjumlah RM20.7 juta, hampir tujuh tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian terhadap Datuk K. Jayakumar, 47, pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri terhadap kesemua pertuduhan.

Mahkamah membebaskan pengarah syarikat pembekal perkhidmatan barangan elektrik dan kelengkapan rumah itu daripada 75 pertuduhan predikat dan 43 pertuduhan lain selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Tertuduh diwakili oleh peguam, Shashi Devan dan Teh See Khoon manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat.

Pada 21 Februari 2018 Jayakumar didakwa di tiga Mahkamah Sesyen atas 43 pertuduhan membabitkan pemindahan wang berjumlah RM16.5 juta dan 75 pertuduhan memberikan invois palsu berjumlah RM20.7 juta.

Jayakumar dituduh atas 43 tuduhan memindahkan wang berjumlah RM16.5 juta daripada Maybank SMT Rezeki Sdn. Bhd. ke akaun Maybank milik Sinar Mentari Technology Sdn Bhd yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Tertuduh juga didakwa atas 75 pertuduhan memberi dokumen Invois TTD Solutions Sdn. Bhd. berjumlah RM20.7 juta yang mengandungi butiran palsu.

Butiran palsu itu mengenai pembekalan pakej dua model telefon pintar kepada ejen yang mempunyai kepentingan bertujuan mengelirukan beliau sehingga mendorong Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kotamas) membuat pembayaran tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI