fbpx

Pemain Liga M harus libatkan diri dengan program kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMADA (tengah) menyampaikan sumbangan perlawanan amal Yakult All Star kepada MSDeaf di Petaling Jaya semalam.

BARISAN pemain Liga Malaysia (Liga M) disarankan supaya melibatkan diri dengan program kebajikan selain daripada fokus dengan kerjaya profesio­nal di atas padang.

Pandangan tersebut disuarakan oleh penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha selepas dapat membantu syarikat minuman probiotik, Yakult Malaysia mengutip RM243,700 pada perlawanan amal Yakult All Star bulan lalu.

“Terima kasih kepada Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Ha­mada kerana sudi memanggil saya menyer­tai pasukan Yakult All Star menentang skuad Harimau Pekak pada perlawanan amal baru-baru ini.

“Jika dipanggil lagi pada masa akan datang, saya akan sentiasa memberi sokongan. Malah, saya juga galakkan barisan pemain profesional lain khususnya di Liga M untuk memberi kerjasama jika khidmat mereka diperlukan.

“Ini kerana, daripada situlah keperibadian pemain boleh dilihat positif memandangkan ia salah satu cara untuk kita menyumbangkan sesuatu kepada mana-mana penaja atau persatuan yang memerlukan,” kata penyerang berusia 36 tahun itu.

Pemain yang lebih mesra dengan gelaran ‘Mat Yo’ itu ditemui ketika majlis penyerahan sumbangan perlawanan amal Yakult All Star kepada Persa­tuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) di Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, Hamada me­ngakui penganjuran perlawanan amal yang berlangsung pada 11 Disember lepas berlangsung dengan positif apabila sambutan yang diberikan oleh penyokong bola sepak, penaja dan barisan pemain sangat memberangsangkan.

“Kita telah berjaya mengumpulkan RM315,000 secara kese­luruhan dengan RM243,700 diserahkan kepada MSDeaf selepas tolak kos penganjuran perlawanan amal yang dilakukan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras bulan lalu.

“Penganjuran berlangsung dengan meriah apabila kita menerima kehadiran lebih 1,000 penyokong ke stadium selain jumlah penstriman di laman sosial juga mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI