fbpx

Kemaafan terindah Aliff Aziz, mulut Vida makan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KISAH terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kena minta maaflah jawabnya, memang selalu berlaku di mana sahaja.

Tersalah laku dan pengucapan itu biasa, memaafkan juga mudah, namun melupakan mungkin sukar, bergantung ikut tahap kesalahan, kesungguhan dan keikhlasan kedua-dua pihak yang terlibat.

Minggu ini, pasti ada yang tersentuh dengan kemenangan penyanyi Aliff menerusi Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Setelah melalui kemarau hubungan yang panjang, kecurangan, salah laku sehingga dikatakan hilang identiti, kes mahkamah dan dihimpit hal-hal menjatuhkan reputasi selama bertahun, Aliff sedang membuktikan kepada kita, benarlah setiap daripada kita diuji dengan dugaan yang mampu kita tempuhi.

Sebahagian daripada ujian itu sudah berjaya dilalui Aliff bersama Bella.

Dalam erti kata lain, tidak sekadar Aliff diuji dengan ‘kemabukan’ sementara dunia, Bella juga diuji dengan keberadaan Aliff dalam hidupnya, begitu juga masyarakat iaitu kita semua yang diberi ‘bonus untuk melihat dan memperkatakan ujian mereka, tanpa sedar kita juga diuji sejauh mana bijaknya menghadam kisah mereka sebagai makanan rohani, menjadi zat atau toksik dalam diri.

Jadi, apabila penerimaan dan penerimaan semula Aliff sehingga diangkat sebagai juara dalam GV8, nampak sekadar sebuah program suka-suka tetapi apa yang berlaku dalam GV8, sebenarnya adalah sebuah kenyataan manisnya hikmah sebuah ujian.

Letak tepi skeptikal diberikan lagu makanan seharian, menerusi persembahan yang ‘bersih’ kesalahan teknikal disulami keperibadian merendah dirinya, benar seperti kata Datuk Shafinaz sebagai juri tetap, Aliff mencairkan hati, hati juri bahkan mungkin hati semua orang.

Kita boleh segera berhenti daripada membuat andaian menyalahkan atau mempertikaikan perkara yang telah muktamad.

Selain kisah Aliff yang sedang bergerak dengan momentum cemerlang, para pengikut dunia hiburan juga disuakan dengan khilaf jutawan selebriti Datuk Seri Vida.

Minggu ini, Vida yang selalu memanas dek keperibadian menyentap banyak hati netizen apabila membuat jenaka kecenderungan seksual orang dalam kandungan media sosial.

Nampak bersahaja dan berseloroh tetapi siapa sangka, hasil kreativiti dan keprihatinan netizen yang selalu mahukan konten dalam sensasi media sosial, sedutan beberapa saat daripada video Vida membisikkan seolah-olah memberi bayangan bahawa penyanyi Anuar Zain sebagai gay dianggap sangat biadab dan menimbul perdebatan dalam kalangan netizen.

Menariknya, mengaumlah netizen sekuat mana pun, Anuar Zain tetap ‘Lelaki Ini’ yang hanya berdiam dan tersenyum menyaksikan telatah orang dan Vida akhirnya terpaksa menurunkan ego dan meminta maaf secara terbuka.

Di situ kita boleh lihat betapa level pemikiran itu sangat penting. Tak perlu jadi ‘bisa’, yang penting ada harga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI