fbpx
PASARAN saham Apple mencatatkan penjualan tertinggi di China selama tiga bulan hingga Disember tahun lalu. - CNN

Apple kembali catat jualan terlaris di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Apple dilaporkan sekali lagi menjadi syarikat jenama telefon pintar terlaris di China serta di seluruh dunia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Perkara tersebut didedahkan menerusi dua laporan penyelidikan berasingan yang dikeluarkan sebelum syarikat teknologi gergasi itu mengeluarkan penyata pendapatan suku terakhir tahun 2021 semalam.

Laporan oleh sebuah syarikat penyelidik pasaran, Counterpoint Research yang diterbitkan pada Rabu lalu itu menyatakan bahawa Apple  mencapai pasaran saham paling tinggi pernah dicatatkan di China selama tiga bulan hingga Disember tahun lalu.

Ia merupakan kali pertama dalam tempoh enam tahun syarikat pembuat iPhone itu mencapai kedudukan teratas di negara tersebut.

Pasaran saham Apple mencapai 23 peratus pada suku akhir 2021 berbanding 16 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. 

Jumlah jualan telefon pintar di China sebelum ini dilaporkan menurun sebanyak sembilan peratus dari tahun ke tahun, menurut Counterpoint.

Apple mengatasi pembuat telefon pintar China, Vivo yang mencatatkan penurunan sebanyak 6 peratus, kata penyelidik. – Agensi

POPULAR