fbpx

Ular tedung selar menyorok dalam besen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JPAM menangkap ular tedung selar yang bersembunyi belakang rumah penduduk di Kampung Paya Ara, Beruas, Perak, pagi tadi.

BERUAS – Sepasang suami isteri cemas apabila seekor ular tedung selar dipercayai sesat bersembunyi di dalam besen di ruang belakang rumah mereka di Kampung Paya Ara di sini pagi tadi.

Penghuninya, Kamarul Baharin Karrim, 58, berkata, reptilia sepanjang kira-kira tiga meter itu sebelumnya melingkar di hadapan keretanya yang diparkir di hadapan rumah.

“Isteri yang membuka pintu depan rumah terkejut melihat kelibat ular bersaiz besar itu lantas menjerit sehingga menyebabkan haiwan itu mungkin terkejut dan terus mengangkat kepalanya.

“Apabila saya keluar nampak ular itu menuju belakang rumah dan pada mulanya saya ingat ia terus masuk ke kebun sawit, rupa-rupanya menyorok dalam besen yang disandarkan ke dinding,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarul Baharin kemudian segera menghubungi talian kecemasan kira- kira pukul 10 pagi dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang ke rumahnya tidak lama kemudian.

Menurut beliau, pasukan itu mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap ular tersebut dan meletakkannya dalam sebuah sangkar.

Jelas beliau, ini adalah pertama kali ular bersaiz besar datang ke rumahnya yang dikelilingi pokok kelapa sawit itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI