fbpx

PSA rosak dilanda ribut, hujan batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kerosakan dialami PSA akibat ribut dan hujan batu, petang ini.

SHAH ALAM – Ribut dan hujan batu yang melanda khususnya di Seksyen 13 di sini turut mengakibatkan kerosakan kepada
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Berdasarkan perkongsian di Facebook rasmi PSA menunjukkan antara kerosakan dialami termasuklah bumbung tercabut dan runtuh, cermin surau, bilik pejabat, serta beberapa buah kenderaan.

“Keadaan PSA selepas dilanda ribut dan hujan batu petang tadi.

“Moga dipermudahkan segala urusan sahabat-sahabat di PSA. Aamiin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Seorang pengguna, Cik Puan Dea nyata terkejut dengan kejadian menimpa PSA yang merupakan tempat pengajian sebelum ini.

“Allahuakhbar, semoga yang baik-baik sahaja. Walaupun dah 18 tahun meninggalkan kampus ni, masih segar dalam ingatan,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI