fbpx

Penolong akauntan mengaku salah seleweng dana syarikat RM95,205

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar Saat (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi tiga pertuduhan pecah amanah hari ini

JOHOR BAHRU – Seorang penolong akauntan Pertubuhan Peladang Kota Tinggi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini bagi tiga pertuduhan pecah amanah dengan menyeleweng dana syarikat sejumlah RM95,205, pada 2016 hingga 2018.

Tertuduh, Anuar Saat, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Bagaimanapun, Ahmad Kamal Arifin menangguhkan penghakimannya dan meminta Anuar melantik peguam bagi mengesahkan pengakuan salahnya.

Ahmad Kamal Arifin mencadangkan Anuar bagi memohon Yayasan Bantuan Guaman sekiranya tidak mampu melantik peguam.

Mengikut pertuduhan pertama, Anuar telah melakukan pecah amanah berkaitan dana Pertubuhan Peladang Kota Tinggi berjumlah RM21,294.

Lelaki terbabit melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Niaga 1, Pusat Dagangan Jalan Masai, Kota Tinggi, antara Mei 2016 hingga Disember 2016.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki berkenaan telah melakukan kesalahan pecah amanah sama membabitkan dana berjumlah RM46,404 di lokasi yang sama antara Februari hingga Disember 2017.

Bagi pertuduhan ketiga, Anuar telah melakukan kesalahan pecah amanah yang sama membabitkan dana RM27,507 di lokasi yang sama antara Januari hingga Julai 2018.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Anuar telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, sebatan dan boleh didenda, jika disabit kesalahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI