fbpx

K-Guam percuma untuk rakyat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL AZIZ Mohd. Yusof (dua kiri) melancarkan K-Guam sambil diperhatikan Zainul Rijal (dua kanan) dan Hairunnajmi (kiri) selepas menyampaikan Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2022 di Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Khidmat Guaman (K-Guam) secara dalam talian secara percuma kepada penduduk Selangor disediakan bagi mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah dengan lebih mudah dan pantas.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, menerusi perkhidmatan K-Guam, orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat melibatkan kes perkahwinan, perceraian dan keluarga, hartanah dan conveyancing, buruh dan pekerjaan, wasiat dan probate serta pemulihan hutang dan jenayah.

Katanya, platform dalam talian perundangan pertama MAIS adalah kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

“Kebiasaannya perkhidmatan konsultasi dikenakan caj RM300 hingga RM500 bagi setiap sesi, namun perkhidmatan K-Guam adalah percuma.

“Perkhidmatan ini yang mula beroperasi pada 28 Disember lalu menyasarkan sebanyak 240 permohonan pada tahun ini.

“Ia terbuka kepada semua rakyat Selangor dengan tidak ada had pendapatan diletakkan sebagai syarat,” katanya selepas menyampaikan Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2022 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI