fbpx
Tangkap layar kejadian belalai darat yang melanda sebuah kawasan di Bukit Kayu Hitam pada semalam.

Fenomena belalai darat boleh berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM – Kejadian puting beliung atau dikenali sebagai fenomena belalai darat yang berlaku di Bukit Kayu Hitam pada semalam tidak mustahil akan berlaku lagi.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Ab. Aziz berkata, saiz pusaran juga boleh menjadi lebih besar dan membawa kemusnahan.

“Pada waktu sekarang cuaca agak panas, namun tiupan angin agak kencang dan apabila wujudnya awan kumulonimbus, itu yang menyebabkan terbentuknya belalai darat.

“Fenomena ini sering terjadi di utara semenanjung tanah air terutamanya di kawasan landai. Namun pemerhatian terhadap kejadian yang tular itu mendapati kekuatan belalai darat tersebut hanyalah pada tahap sederhana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sejak semalam, tular klip video memaparkan pembentukan puting beliung tersebut yang menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk di kawasan terlibat.

Mengulas lanjut Muhammad Khalil berkata, kejadian sama sebelum ini pernah dilaporkan berlaku di Langkawi dan Pendang dekat sini.- K! ONLINE

POPULAR