fbpx

Tun Mahathir semakin pulih, pindah ke wad biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) bertambah baik dan semakin pulih.

Menurut anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir, penilaian kesihatan bapanya itu dilakukan oleh pasukan doktor yang merawatnya.

“Hari ini Tun Mahathir dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa.

“Tun Mahathir kelihatan ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Marina berkata, bagi mengelakkan jangkitan, kedua-dua Tun Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.

“Sekali lagi kami keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” ujarnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI