fbpx

Pelitup muka warnai industri pengeluaran negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelitup muka dijual dalam pelbagai warna untuk menarik perhatian orang ramai.

“Bila pakai mask (pelitup muka), hampir sukar untuk me­ngenali atau mengecam muka rakan yang lama sudah tidak ketemu,” itulah rungut sahabat penulis baru-baru ini ketika terserempak di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Itu adalah salah satu rencah daripada pelbagai ragam yang dapat dilihat dalam kalangan rakyat apabila pelitup muka menjadi satu benda wajib yang dipakai ketika berada di tempat awam.

Sejujurnya, pemakaian pelitup muka itu terselit banyak kelebihannya demi meningkatkan kesihatan diri kerana ia dapat mengelakkan individu yang alah pada habuk dan debu di tempat awam, mengelak daripada menghidu bau bauan yang kurang enak khususnya di tandas dan dapat juga mengelak seseorang yang sensitif daripada menghidu bau badan yang tidak enak apatah lagi bau busuk nafas bila berbual.

Pelitup muka juga dapat mengelak daripada memperlihatkan wajah kaum wanita yang tidak gemar bersolek daripada kelihatan pucat.

Ia juga pastinya dapat melindungi seseorang itu ketika menguap besar yang tidak manis dilihat pada pandangan mata umum selain ketika bersin dan juga batuk.

Kesedaran dan permintaan terhadap pemakaian pelitup muka yang terus meningkat telah memberi potensi perniagaan yang baik kepada para pengeluar untuk menghasilkan pelbagai jenama dengan produk berkualiti tinggi, selamat, selesa, cantik dan menarik bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Terbaharu adalah kejayaan pembangunan pelitup muka yang berkemampuan membunuh hingga 99.99 peratus virus bakteria dan mikro yang melekat pada permukaan pelitup muka tersebut.

Produk yang berada di pasaran kini terdiri daripada pelitup muka perubatan, pelitup muka tiga lapis pakai buang dengan corak menarik, pelitup muka untuk wanita berhijab yang memiliki gelungan di kepala (head loop), pelitup muka inner sejuk yang diperbuat daripada kain serta juga pelitup muka corak batik.

Industri tersebut kini semakin ceria dan matang berbanding ketika mula dikuat kuasa oleh kerajaan kerana dilihat sebagai satu kejutan bagi rakyat yang kurang berkemampuan untuk mengeluarkan belanja bagi tempoh jangka masa panjang membeli pelitup muka sebagai keperluan harian.

Kini harga produk yang murah dan mudah dibeli di semua rangkaian kedai offline dan juga di platform online, semua orang tiada alasan lagi untuk tidak memakai pelitup muka kerana tanpanya, individu yang engkar boleh dikenakan tindakan undang-undang yang melibatkan denda sehingga RM10,000.

Bagaimanapun dalam kealpaan, kebebasan dan keselesaan yang dimiliki kini, ramai juga yang menjadikan pelitup muka sebagai pelitup dagu atau sekadar di sangkut di tengkuk kerana rasa dirinya lebih kebal meskipun sudah lengkap vaksin.

Jangan ambil mudah konsep pemakaian pelitup muka kerana kini menjadi senjata utama untuk kita terus sihat dalam krisis kesihatan yang seperti tiada kesudahannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI