fbpx

Broker ditahan SPRM berkaitan kes LCS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kanan) diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Seorang broker ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu dianggarkan bernilai RM24 juta berkaitan kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).

Menurut sumber, permohonan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 30 Januari depan itu dibenarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Katanya, suspek lelaki berusia 62 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 9.30 malam semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat,” katanya hari ini.

Sumber itu berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kosmo! semalam melaporkan bahawa dua individu yang merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat yang terlibat dalam projek tersebut telah ditahan oleh SPRM.

Kedua-dua suspek yang berusia 79 dan 49 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan petang Isnin lalu.

Terdahulu, satu laporan telah diterima oleh SPRM berhubung satu projek pembinaan enam buah kapal LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) susulan kegagalan pihak berkenaan menyerahkan kapal tersebut mengikut tempoh ditetapkan.

Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, Tentera Laut Diraja Malaysia sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran sebanyak RM6 bilion.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI