fbpx

Saya yang tulis semua lagu saya – Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Taylor Swift (kiri) menyelar kenyataan Damon Albarn yang mendakwa dirinya tidak menulis lagu sendiri.

KOMEN melulu, she doesn’t write her own songs (dia tak tulis lagunya sendiri) merujuk kepada Taylor Swift dari bibir penyanyi Damon Albarn sepertinya menempah nahas sendiri.

Tidak berdiam, Taylor atau nama sebenarnya, Taylor Alison Swift menerusi Twitter,  berang dan menegaskan semua lagu yang dirakamkan selama ini merupakan hasil ciptaan sendiri.

“Saya merupakan peminat anda sampailah berita tersebut sampai ke pihak saya. Saya tulis sendiri semua lagu saya.

“Komen anda benar-benar tidak betul dan sangat merosakkan. Anda tak perlu untuk menggemari lagu-lagu saya tapi sungguh biadab apabila memburukkan nama saya dengan mengatakan saya tak tulis lagu sendiri,” ciap pelantun lagu Cardigan itu.

Taylor, 32, menyambung luahan rasa tidak puas hati dengan ciapan sarkasitik berbunyi: “Untuk pengetahuan anda, saya tulis ciapan ini sendiri kalau itu membuatkan anda tertanya-tanya.”

Bagaimanapun, Damon yang juga merupakan anggota kumpulan Gorillaz tetap mempertahankan diri, sekali gus menyalahkan media bahawa kenyataannya semasa temu bual bersama Los Angeles Times telah disalah tafsir.

“Saya setuju dengan anda. Saya berbicara tentang penulisan lagu dan malangnya, bahagian yang tidak sepatutnya telah digunakan untuk tujuan clickbait (tajuk untuk memancing perhatian pembaca).

“Saya minta maaf sangat-sangat. Menafikan bakat penulisan lagu anda adalah perkara yang tidak tergamak saya nak sentuh. Saya harap anda mengerti,” ciap Damon cuba menjernihkan keadaan.

Terdahulu, Damon memaklumkan kepada akhbar Los Angeles Times bahawa Billie Eilish seorang artis hebat, sebaliknya perkara tersebut tiada pada diri Taylor.

Damon dengan berani menyifatkan penyanyi popular global itu sebagai artis yang tidak menulis sendiri lagu nyanyiannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI