fbpx

Lapangan Terbang Pangkor beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyambut penerbangan SKS Airways dari Subang ke Pulau Pangkor di Pulau Pangkor, hari ini.

LUMUT – Selepas kira-kira lapan tahun tidak digunakan, Lapangan Terbang Pangkor kembali beroperasi menerusi penerbangan komersial tempatan terbaharu, SKS Airways Sdn. Bhd. (SKS Airways).

Syarikat itu melakukan penerbangan rasmi hari ini dan menjadi syarikat komersial tunggal yang menerbangkan pelancong dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor ke pulau peranginan itu setiap hari

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, yakin penerbangan itu mampu melonjakkan lagi sektor pelancongan di pulau bebas cukai tersebut.

“Penerbangan ini hanya mengambil masa 45 minit sekali gus dapat menjimatkan kira-kira tiga jam perjalanan menggunakan jalan darat dan tidak perlu berbaris panjang di jeti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan penerbangan tersebut di Lapangan Terbang Pangkor hari ini.

Sebelum ini, sebuah syarikat penerbangan tempatan pernah mengendalikan penerbangan terus dari LTSAAS ke pulau itu, bagaimanapun terpaksa menghentikan operasinya apabila kurang mendapat sambutan.

Bermula Februari 2014 lapangan terbang ini dihentikan operasi berikutan tiada penerbangan.

Menurut Saarani, kerajaan negeri akan berusaha memastikan kegagalan penerbangan sebelum ini tidak berulang termasuk meminta Tourism Perak melakukan promosi lebih agresif mengenai Pulau Pangkor.

Saarani memberitahu beberapa kemudahan awam seperti tandas dan surau juga telah siap dibina di Pantai Teluk Nipah serta tambahan ruang menunggu di Jeti Pulau Pangkor.

Menurut beliau, kemudahan terbaharu yang dalam pembinaan pula ialah Bazar Perniagaan di Teluk Nipah serta Arena Square dan restoran terapung di Teluk Baharu.

“Sejak Oktober lalu kehadiran pengunjung ke sini juga meningkat iaitu seramai 134,808 bulan lalu berbanding 95,514 pelancong pada November lalu iaitu hampir 60 peratus,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI