fbpx

Gempur ‘port’ dadah jumpa senapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chang Hook (tiga dari kiri) menunjukkan senapang angin yang dirampas dalam Operasi Tapis Khas pada sidang akhbar di IPD Jempol, hari ini.

JEMPOL – Operasi Tapis Khas yang dijalankan bagi mengesan penagih dadah di sekitar daerah ini selama tiga hari sejak 21 Januari lalu membawa kepada penemuan dua laras senapang buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, serbuan pertama dilakukan di rumah kakitangan kilang getah Felda Serting Hilir Tengah di sini pada pukul 11.40 malam, 22 Januari lalu.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek berusia 30 tahun yang berada di ruang tamu menemui selaras senapang angin dan 27 biji bebola besi.

“Hasil soal siasat, suspek mendakwa dia membuat sendiri senjata itu dan mempelajarinya melalui laman YouTube. Suspek menggunakan barang-barang terpakai seperti batang besi, pam tayar, kayu dan bebola besi yang dijadikan peluru.

“Suspek menggunakan senapang itu untuk memburu ayam hutan sejak enam bulan lepas,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini hari ini.

Serbuan kedua pula dijalankan di pondok wakaf kubur Felda Palong 9, 10, dan 11 pada pukul 3 pagi, 21 Januari lalu.

Dua lelaki berusia 47 tahun dan 51 tahun ditangkap. Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan selaras senapang angin dan dadah. Mereka mendakwa senapang itu milik seorang lelaki yang telah melarikan diri ketika dalam serbuan.

Sementara itu, Chang Hook memberitahu, seramai 30 lelaki berusia 19 hingga 54 tahun terdiri daripada pengedar dan penagih ditahan dalam operasi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI