fbpx

18 maut selepas pergaduhan, kebakaran kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
API marak membakar kebal malam Double O di Sorong, wilayah Papua Barat, Indonesia semalam. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh semasa pergaduhan antara dua buah kumpulan di sebuah kelab di bandar Sorong, wilayah Papua Barat kata polis semalam dengan kebanyakan mereka mati selepas pusat hiburan malam itu terbakar akibat keganasan yang berlaku.

“Pertempuran berlaku kelmarin pada pukul 11 malam (waktu tempatan). Ia berpunca daripada konflik berpanjangan pada Sabtu lepas,” kata Ketua Polis Sorong, Ary Nyoto Setiawan dalam satu kenyataan..

Seorang mangsa ditikam dan 17 yang lain terkorban dalam kebakaran di kelab malam Double O tersebut, demikian menurut beberapa pegawai.

“Kami menemui 17 mayat di Double O, mereka semua ditemui di tingkat dua. Kami memindahkan semua mayat ke Hospital Selebe Solu,” kata ketua divisyen kesihatan Polis Sorong,  Edward Panjaitan.

Polis masih menyiasat punca kebakaran itu.

“Kelab malam itu terbakar dari tingkat pertama. Kami cuba memindahkan seramai mana orang yang boleh tetapi selepas anggota-anggota bomba memadamkan api pagi ini, kami menemui sebilangan mayat di sana,” kata Ary.

.Imej media tempatan menunjukkan sebuah bangunan kehitaman disebabkan oleh kebakaran di belakang garisan polis dan beberapa kereta yang rentung. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI