fbpx

MAJU Healthcare sedia servis sokongan Covid-19 di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminudin (kiri) bersama Pengerusi MAH K&P, Eugene Dass pada majlis menandatangani MoU di Langkawi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Anak syarikat milik penuh MAJU Group, MAJU Healthcare menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Persekutuan Hotel Malaysia, Kedah & Perlis (MAH K&P) bagi menyediakan khidmat sokongan bagi Covid-19 di hotel.

Menerusi MoU tersebut, MAJU Healthcare dengan kerjasama rakan kongsi, Global Doctors dan Gribbles Pathology memberi servis pemantauan Covid-19 dan sokongan penjagaan di hotel untuk pengembara yang telah diuji positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di 33 hotel di bawah MAH K&P di Langkawi.

Ini termasuk semakan semula aliran operasi hotel dalam menguruskan pesakit positif, mengenal pasti titik risiko serta cadangan penambahbaikan dalam pengurusan pesakit.

MAJU Healthcare juga akan menyediakan perkhidmatan ujian PCR dan konsultasi doktor buat pesakit yang mengalami gejala sehingga tahap-2, manakala bagi pesakit yang menghadapi gejala tahap-3, MAJU Healthcare akan menguruskan proses penyerahan kepada Pejabat Kesihatan Daerah.

Pengarah Urusan MAJU Group, Datuk Aminudin Hashim berkata, pihaknya berbesar hati untuk memulakan perkongsian yang pertama seumpamanya itu bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelancong di Kedah dan Perlis.

“MoU ini hasil perbincangan antara MAJU Healthcare dan MAH K&P dalam menentukan rangka kerja terbaik buat kakitangan perubatan kami menjalankan penilaian terhadap kesediaan hotel untuk melaksanakan prosedur standard dalam menguruskan kes Covid-19.

“Berdasarkan ancaman Omicron dan risiko kemunculan varian baharu Covid-19, amat penting perkhidmatan seperti ini disediakan selari dengan inisiatif gelembung perjalanan antarabangsa Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI