fbpx

Gol lewat Rashford julang United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (tengah) berjaya meledak gol tunggal perlawanan untuk memberikan United kemenangan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick berpendapat bahawa para pemainnya sedikit cuai ketika ber­usaha mendapatkan jaringan sewaktu meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas West Ham United di Old Trafford kelmarin.

Pada aksi berkenaan, Marcus Rashford menjadi wira United apabila meledak gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan untuk meraih mata penuh sekali gus mencatat kemenangan ke­dua berturut-turut.

Kekebalan benteng pertahanan West Ham menyebabkan Rangnick membuat keputusan membawa masuk tiga penyerang simpanan mereka termasuk Rashford, Anthony Martial serta Edinson Cavani dan ternyata ia keputusan yang berbaloi.

Bagaimanapun, Rangnick mengakui beliau lebih gembira sekiranya para pemain membuat keputusan lebih tepat dalam usaha mendapatkan jaringan.

“Saya fikir kami layak untuk memenangi perlawanan ini. Menentang West Ham, anda perlukan kesabaran. Saya sebenarnya lebih berharap para pemain menggunakan kematangan untuk aksi seperti ini.

“Kami mungkin perlu lebih banyak melakukan hantaran-hantaran untuk membentuk corak serangan berbanding ­melakukan percubaan yang sia-sia.

“Saya gembira dengan gol yang dihasilkan itu melibatkan tiga pemain simpanan yang dibawa masuk. Semua mereka terlibat dan itu yang lebih penting,” katanya.

Dalam pada itu, Rangnick mengakui bahawa suasana di Old Trafford turut menjadi faktor penting kejayaan United sehingga mereka berjaya mendapatkan gol pada penghujung perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI