fbpx

Lelaki maut tertimbus lobak merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan jalan CL-602 iaitu kawasan dimana seorang lelaki dilaporkan maut akibat tertimpa longgokan lobak merah. – Google Street View

MADRID, Sepanyol – Seorang lelaki di Sepanyol dilaporkan terbunuh selepas ditimpa longgokan lobak merah yang menimbusnya hidup-hidup ketika dia bekerja di sebuah gudang pertanian, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan terperangkap di bawah timbunan lobak merah yang sedang diproses untuk penghantaran pada awal pagi Khamis lalu. 

Kejadian dikatakan berlaku di dalam sebuah gudang di kawasan perbandaran Vallelado, bandar Segovia, wilayah Castilla dan Leon.

Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan sejurus selepas pukul 10 pagi (waktu tempatan) mengenai mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam salah sebuah gudang  di kawasan perindustrian, berhampiran jalan CL-602, demikian menurut portal berita MSN.

Sebuah ambulans kemudian tiba bersama pasukan bomba dan petugas  Pengawal Awam Segovia.

Mangsa yang dikatakan bekerja dengan menjalankan perniagaan milik keluarganya itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor saluran televisyen tempatan.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti secara rasmi. Bagaimanapun, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes terbabit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI