fbpx

Empat wanita bergaduh berguling-guling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi ketika empat wanita dilihat bergaduh di hadapan sebuah pusat beli belah. - YouTube

JAKARTA – Empat wanita tular di media sosial gara-gara bergaduh sehingga berguling-guling di atas tanah dalam satu kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Video tersebut dimuat naik ke sebuah akaun di Facebook dan dikongsikan di saluran YouTube @suara.com.

Kejadian dikatakan berlaku di hadapan pusat-beli belah Nagoya, kepulauan Riau. 

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan penduduk setempat  sedang berusaha meleraikan pergaduhan empat wanita terbabit.

Pada awalnya, dua wanita dilihat sedang menarik rambut satu sama lain di hadapan sebuah kereta.

Pergaduhan mereka tidak dapat dileraikan sehingga kedua-duanya berguling-guling di atas tanah.

Kemudiannya, dua wanita lain keluar dari kereta dan meluru ke arah mereka untuk menyertai pergaduhan.

Beberapa kenderaan terpaksa berhenti ketika pergaduhan tersebut berlaku di atas jalan. 

Salah seorang daripada penduduk itu berkata, mereka bergaduh disebabkan jualan  susu. Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan  tidak dapat dikenal pasti sehingga kini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI