fbpx

‘Sambil tolong cat kedai tiba-tiba hilang, rupanya tengah solat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kisah seorang lelaki disyaki kurang waras telah berjaya menyentuh hati orang ramai.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang disyaki kurang waras sering berkunjung di sebuah kedai emas dengan berpakaian koyak dan tidak terurus telah menyentuh hati pemilik kedai apabila dia dilihat sedang menunaikan solat di ruangan belakang kedai tersebut.

Menerusi perkongsian video oleh Mi Miey di media sosial, kedainya itu sering sahaja didatangi oleh lelaki yang dikenali sebagai Syed Khairol dan dia hanya duduk dan bercakap seorang diri sambil menyanyi tanpa mengganggu orang sekeliling terutamanya pelanggan di kedainya.

Namun, wanita itu turut bercerita pengalamannya apabila suatu hari, Syed turut membantunya mengecat dinding kedai yang masih belum siap dan kemudian hilang dari pandangan.

Setelah dicari, rupa-rupanya lelaki itu dilihat sedang menunaikan solat meskipun dia berada dalam keadaan yang tidak sempurna.

“Tengah cat sambil nyanyi, tiba-tiba senyap, rupanya tengah solat.

“Subhanallah, hebatnya hamba Allah ini walaupun tidak sempurna, tetapi tak lupa pada pencipta-Nya,” katanya.

Tambah wanita itu, dia berharap agar lelaki tersebut mendoakan perniagaan kedainya berjalan dengan baik dan maju jaya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Aku rasa dia sujud lebih ikhlas daripada aku, Allah hantar seseorang untuk ketuk hati kita,” kata Suzie Othman.

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang berkongsi cerita apabila pernah bertemu dengan lelaki tersebut dan mengenali tentang dirinya.

“Suami saya cakap, selalu jumpa di masjid waktu solat, dia duduk di saf hadapan,” jelas Maizatul Asmah Moham.

“Nama dia nSyed Khairol, dia bijak pandai orangnya, tapi ada orang buat dia sampai jadi begini hanya kerana cinta seorang perempuan ditolak olehnya,” ujar Mommy Monaliza. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI