fbpx

Penjual cadar dalang sindiket palsu dokumen imigresen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang telah menetap di Malaysia sejak 30 tahun lalu itu ditahan dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966. Foto IHSAN IMIGRESEN

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Iran dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen dan passport antarabangsa ditahan dalam satu Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, suspek berusia 58 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu telah tinggal di Malaysia lebih 30 tahun dengan menggunakan Pas Lawatan Sosial (Suami Kepada Warganegara).

Katanya, semasa serbuan dilakukan beliau sedang menyerahkan dokumen yang telah dipalsukan kepada pelanggan di luar sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

“Siasatan lanjut telah membawa kepada serbuan di sebuah premis kediaman pangsapuri yang terletak di Bandar Baru Ampang yang dijadikan tempat menyimpan dan memalsukan dokumen dengan penemuan pelbagai bahan bukti.

“Antara yang dirampas adalah lapan passport antarabangsa pelbagai negara, 29 keping pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang belum dicetak dan dipercayai palsu, Cop Keluar JIM dipercayai palsu, pelbagai jenis cop, satu unit laptop dan satu mesin pencetak serta 24 keping Lesen Memandu Antarabangsa dan wang tunai RM4000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI