fbpx

Alicia Amin, model sensasi jadi heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Disappearance of Irdina Adhwa lakonan Alicia Amin akan menemui penonton menerusi Astro First bermula 24 Februari nanti.

MASIH berstatus hijau dalam dunia pengarahan, Kyle A Halim sebenarnya mengambil risiko tinggi meluncurkan filem pertama arahannya berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa.

Kyle yang juga penerbit produksi, Kotaki Studios Sdn. Bhd. juga mempunyai alasan tersendiri apabila memilih model tinggi lampai, Alicia Amin sebagai pelakon utama naskhah perdana garapannya yang bakal ditayangkan menerusi Astro First bermula 24 Februari nanti.

Kyle tidak mahu memeningkan kepala sekiranya wujud pihak yang mempertikaikan tindakannya memilih bintang sensasi tersebut sebagai antara pelakon yang membintangi filem genre dan seram tersebut.

KYLE A HALIM

‘Bukan sensasi jadi ukuran’

“Asalnya, saya memilih pelakon lain. Bagaimanapun, disebabkan tiada kata persetujuan, pengurus produksi mencadangkan nama Alicia.

“Saya bersetuju dan tidak menganggap pemilihan Alicia sebagai satu masalah.

“Bagi saya, bukan kontroversi atau sensasi jadi ukuran, tetapi saya mahukan pelakon yang boleh membawa karakter dengan baik.

“Kali pertama bertemunya, nyata dia berbeza dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya. Jauh beza bagaikan bumi dengan langit,” ujarnya dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini.

Mengakui terpaut dengan keperibadian Alicia yang disifatkan sebagai seorang yang sangat peramah, sikap sebegitu juga memudahkan Kyle di lokasi penggambaran.

ALICIA (tengah) bersama Syazuwan Hassan tekun mendengar penjelasan daripada pihak produksi sebelum memulakan penggambaran.

Dialek Sabah Alicia

“Bagi saya dia (Alicia) seorang yang mesra, mudah didekati dan sangat baik hati. Dia tahu saya berasal dari Sandakan, Sabah dan tinggal bersendirian sepanjang penggambaran di Semenanjung Malaysia, jadi, dialah yang selalu mengambil berat mengenai saya,” katanya.

Mengulas pemilihan Alicia sebagai pembawa watak utama bernama Sofia, Kyle menambah, kebolehannya bertutur dalam dialek Sabah dengan baik menjadi antara faktor utama.

“Naskhah ini menggunakan 20 peratus dialek Sabah, selebihnya bahasa Melayu. Jadi, pemilihan Alicia sangat bertepatan kerana dia mampu bertutur dialek Sabah dengan baik.

“Saya memang terkejut kerana Alicia bukan berasal dari Sabah. Tetapi, rupa-rupanya, Alicia kerap ke Sabah untuk menyertai Pesta Kaamatan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, dia tidak melihat hal luaran atau persepsi yang dilemparkan terhadap Alicia kerana kemampuan seseorang pelakon itu melaksanakan tugas yang harus menjadi keutamaan.

Selain Alicia Amin, filem sulung terbitan Kotaki Studios tersebut turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.

Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia bersama tujuh rakan kolej keluar bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.

Namun, berlaku kejadian tidak diingini. Pelajar berkenaan diselubungi misteri apabila seorang daripada mereka terbunuh ketika menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.

Peliknya juga, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

SEBAGAI pelakon baharu, komitmen Alicia Amin juga dipuji sebagai terbaik.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI