fbpx

Seri sudah memadai buat Gabon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLEVINAH

YAOUNDE, CAMEROON –Keputusan seri 2-2 dengan Maghribi di Stade Ahmadou Ahidjo awal pagi semalam memastikan Gabon mara ke pu­singan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan C Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Kejayaan itu berjaya mengubat duka kem Gabon selepas kehilangan khidmat kapten dan penyerang prolifik, Pierre-Emerick Aubameyang kerana berdepan masalah jantung.

Pengendalinya, Patrice Neveu gembira dengan ­prestasi barisan pemainnya untuk meraih satu mata penting ke atas Maghribi.

“Sebenarnya saya rasa kami mampu menang perlawanan ini tetapi keputusan seri sudah cukup bagus buat pasukan untuk meneruskan saingan.

“Kami mahukan tiga mata, namun inilah bola sepak. Di pusingan 16 terbaik, kami akan menentang Burkina Faso dan ia pastinya satu lagi perlawanan sukar menentang pasukan yang bagus,” katanya.

Dua gol Gabon diperoleh menerusi Jim Allevinah dan jaringan sendiri Nayef Aguerd, manakala dua gol Maghribi pula dihasilkan oleh Sofiane Boufal serta Achraf Hakimi.

Sementara itu, ketua jurulatih Maghribi, Vahid Halilhodzic sudah menjangkakan Gabon bakal turun bermati-matian hingga memberikan kesukaran kepada pemainnya.

“Pemain berjaya pamer kebangkitan untuk menguasai permainan dan menafikan kelebihan lawan.

“Saya puas hati dengan reaksi yang ditunjukkan pemain untuk mencapai sasaran juara Kumpulan C,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI