fbpx

Pelajar 13 tahun dihalau lepas dirogol abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan 13 tahun menjadi pemuas nafsu abang kandungnya sehingga mengandung sebelum dihalau dari rumah.

Kejadian yang menimpa pelajar sekolah itu didedahkan seorang doktor di Pantai Timur sebelum dikongsi oleh pengguna Twitter, @chairman_GLC.

Menurut perkongsian @chairman_GLC, mangsa kini mengandung tujuh bulan manakala abangnya pula yang berusia 16 tahun dihantar ke sekolah pondok.

Ibu bapa mangsa membuat laporan polis sebelum menarik balik laporan tersebut kerana bimbang anak mereka dimasukkan ke penjara.

Mangsa kini dikatakan tinggal bersama keluarga angkat yang baru dua bulan dikenali kerana ibu bapanya tidak mahu penduduk kampung mengetahui kejadian tersebut.

Selain itu, ibu bapa mangsa juga tidak melawat anak mereka sejak November 2021.

Ketika ditanya mengenai perasaannya, remaja itu memberitahu dia berasa marah dengan abangnya, namun pada masa sama sedih kerana tidak bersekolah seperti remaja seusianya.

“Ini semua bukan salah awak, saya berasa kasihan dengan awak dan bayi (yang dikandung). Semoga Allah memberikan kekuatan dan perlindungan kepada awak,” kata doktor itu.

Di sebalik kejadian yang menimpa mangsa, difahamkan, sudah ada individu yang bersetuju untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.

Pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut dilibatkan dalam kejadian ini dan laporan polis telah dibuat oleh pihak hospital dan klinik sebelum ini.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah dengan kejadian yang menimpa remaja tersebut.

“Saya tidak faham dengan orang yang mengagungkan anak lelaki, sayang tak mahu anak masuk jel, adik pula dicampak jauh-jauh. Bukan dia minta kena rogol,” ujar @anshzwni__. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI