fbpx

Isteri terharu ‘rider’ beri kejutan sambil menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri sebak dan terharu terima kejutan istimewa dari suami.

PETALING JAYA – Sambutan ulang tahun kelahiran adalah sesuatu yang bermakna lebih-lebih lagi apabila berjauhan dengan insan tersayang.

Kiriman bunga, kad atau hadiah antara perkara yang sering diberikan bagi meraikan hari istimewa itu.

Menerusi klip video berdurasi 41 saat di laman sosial @Alnazym_lab memaparkan seorang ‘rider’ penghantar barang memberikan kejutan kepada seorang wanita dipercayai isteri kepada pelanggannya.

Wanita terbabit dilihat terharu sehingga menitiskan air mata gembira kerana menerima kejutan ulang tahun daripada suami tercinta.

Namun, situasi itu lebih mengharukan apabila ‘rider’ tersebut mendendangkan sebuah lagu dengan suara yang merdu membuatkan isteri pelanggannya menangis lagi sambil tersenyum.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai dilihat turut terharu dengan kejutan nyanyian penghantar tersebut serta meluahkan rasa minat untuk mengambil pakej kejutan itu.

“Adoi nyanyi pula, romantik sangat ni. Bahagian ni aku nangis gila-gila,” kata Diylova.

“Romantisnya suami punya perancangan buat isteri, sedap suara kau dik,” ujar maklongtipah313.

“Nak order untuk suami tapi nak buat kejutan juga untuk diri sendiri, nak orang nyanyi macam ni,” komen NorAzliza Sadeli. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI