fbpx

Dua kanak-kanak bergaduh sampai dinding runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika dua kanak-kanak lelaki bergaduh sehingga menyebabkan dinding sebuah rumah runtuh. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memperlihatkan situasi ketika dua kanak-kanak bergaduh sehingga menyebabkan dinding sebuah rumah runtuh, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik di sebuah akaun TikTok bernama @koranseruya.

Ketika kejadian, dua kanak-kanak tersebut dilihat bergaduh di dalam sebuah bilik dengan menendang antara satu sama lain.

Salah seorang daripada mereka kemudian dilihat cuba membuat aksi tendangan dengan berpaut pada pemegang tingkap dinding rumah tersebut.

Ketika melompat untuk menendang, kakinya tertendang dinding rumah kayu itu sehingga menyebabkan ia runtuh.

Mereka dilihat tidak menghiraukan dinding rumah yang runtuh itu dan meneruskan pergaduhan sebelum seorang yang lain datang meleraikan mereka.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.’

“Mudah betul ya dinding rumah itu runtuh, kelakar sangat,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI