fbpx
Gambar hiasan

Aidi dilantik Pengarah JPJKK Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dilantik menjadi Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman berkuat kuasa 22 Februari depan.

Setiausaha Ketua Polis Negara PDRM, Deputi Komisioner Polis (DCP) Ruslan Khalid mengumumkan pertukaran tersebut menerusi satu kenyataan hari ini.

“Beliau yang kini bertugas di Pesuruhjaya Polis Sarawak akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

“Pertukaran tersebut akan berkuat kuasa pada 22 Februari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

POPULAR