fbpx

23 organisasi tuntut gantung tugas Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

PETALING JAYA – Sejumlah 23 organisasi mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuntut untuk menggantung serta-merta tugas Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki.

Memorandum yang mempunyai lapan tuntutan itu dihantar kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Dalam pada itu, mereka turut menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menjalankan siasatan menyeluruh serta membuat saranan tindakan undang-undang terhadap Azam termasuk memanggil semua saksi dan meneliti semua dokumen berkaitan.

“Akta SPRM 2009 juga perlu dipinda bagi memperkasa integriti, ketelusan serta proses semak dan imbang yang adil.

“Meletakkan SPRM serta suruhanjaya yang lain seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di bawah bidang kuasa Parlimen termasuk lantikan Ketua Pesuruhjaya.

“Prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen perlu dijalankan secara terbuka kepada awam dan keterlibatan secara langsung pihak media,” jelas memorandum itu.

Antara organisasi yang bersama terlibat ialah Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pemuda AMANAH Nasional, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Pertubuhan Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Sabah, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Mahasiswa Roket dan Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Selain itu, turut dituntut ialah mewajibkan lantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya mengisytiharkan harta kepada masyarakat sebelum pengesahan lantikan.

Mereka juga mendesak supaya kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang Hidup Melampaui Kemampuan iaitu mana-mana individu perlu membuktikan kekayaan yang diperoleh sebagai langkah mengekang sebarang salah laku.

“Meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) 2010 bagi menjamin perlindungan yang lebih baik kepada pemberi maklumat,” kata mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI