fbpx

‘Water bombing’ padam kebakaran tapak pelupusan sampah 6.5 hektar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter bomba digunakan bagi memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mula menggunakan kaedah pemadaman dari udara atau ‘water bombing’ bagi memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini yang memasuki hari kelapan hari ini.

Pengarah JBPM Negeri, Saadon Mokhtar berkata, usaha itu dijalankan oleh lapan kru menggunakan dua helikopter dari Unit Udara JBPM Subang dan Pulau Pinang bermula pagi ini.

“Proses pemadaman akan dibuat dilokasi titik panas berdasarkan imej termal yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kebakaran seluas 6.5 hektar di tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar tersebut dilaporkan berlaku petang Rabu lalu.

Keselamatan kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di kawasan sekitar iaitu Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dilaporkan terjejas dan diminta berpindah ke PPS berikutan kualiti udara yang tercemar.

Sebanyak 10 buah sekolah didalam radius 10 kilometer turut diarahkan ditutup selama tiga hari bermula hari ini kerana kualiti udara yang mengancam nyawa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI