fbpx

Polis tumpaskan sindiket penipuan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah premis yang diserbu polis di ibu negara pada Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian dianggotai warga China yang disyaki telah beroperasi di ibu negara hampir dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, sindiket itu tumpas selepas polis menyerbu dua buah premis di sini Isnin lalu.

Menurut beliau, dalam serbuan pertama di Jalan Ampang, pihak polis menahan seorang wanita dan enam lelaki warga China berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.

“Turut dirampas termasuk sebuah laptop dan 17 unit telefon bimbit digunakan dalam kegiatan tersebut. Pada hari sama serbuan dan tangkapan dilakukan di satu unit lagi premis di kawasan sama.

“Seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga China berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun ditangkap bersama rampasan enam unit telefon bimbit dan sesalinan dokumen tertulis skrip digunakan untuk panggilan telefon,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Mahidisham berkata, siasatan awal polis mendapati kesemua suspek merupakan pekerja sindiket dan kedua-dua kumpulan itu telah beroperasi sejak pertengahan tahun 2020.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan reman sehingga 21 Januari 2022 dan kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI