fbpx

Ejen bayar tekong satu trip RM700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI wanita Indonesia yang terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Hasil siasatan ke atas tekong yang membawa 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Pulau Pisang, Pontian, Selasa mendedahkan mereka dibayar 2 juta rupiah (RM700) untuk satu trip.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua PATI wanita berusia 25 hingga 35 tahun itu ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati dua tekong yang membawa 11 PATI mendapat upah daripada ejen di Indonesia yang menjanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur.

“Mereka dibayar ejen sebanyak 2 juta rupiah bersama RM700,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan enam PATI maut, manakala seorang lagi kritikal dan enam terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian pada kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu.

Bot fiber sepanjang 7.61 meter dinaiki dua tekong lelaki dan 11 PATI wanita berusia 21 hingga 35 tahun itu dipercayai bertolak dari Pulau Jaloh, Batam, Indonesia.

Mereka dipercayai mahu menyelusup masuk ke negara ini dengan melakukan pendaratan di sebuah jeti nelayan di Api-api di sini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI