fbpx
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang wanita sanggup dibasahi hujan semasa memayungi pengemis cacat mencari tempat berteduh. - Instagram

Wanita payung pengemis OKU dipuji ‘malaikat dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Tindakan seorang wanita di Kota Pekanbaru, Riau yang memayungi seorang pengemis orang kurang upaya (OKU) semasa hujan lebat menyentuh hati netizen, lapor  laman berita Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram @dakwah.islami, wanita itu dengan sabar memayungi  seorang pengemis lelaki OKU tersebut yang mencari tempat berteduh daripada hujan lebat.

Kemurnian hati wanita itu menyebabkan pengguna media sosial menyifatkannya seolah-olah seperti ‘malaikat dunia’  yang sanggup berhujan bersama golongan kurang upaya.

“Ternyata, ada juga ‘malaikat dunia’ ,” tulis keterangan pada video tersebut.

Rakaman video itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan dibanjiri pelbagai komen yang meluahkan rasa terharu kerana masih ada insan yang prihatin seperti wanita itu.

“Semoga Allah lindungi mereka berdua dan Allah mengembalikan semula kebaikan yang ditunjukkan oleh wanita itu,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

POPULAR