fbpx

Polis cari individu bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan sekumpulan individu memukul seorang lelaki dalam kejadian dipercayai dirakam di sebuah pasar raya di Ipoh.- FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan dipercayai di sebuah pasar raya di sini.

Ia susulan tular sejak semalam klip video berdurasi satu minit lima saat memaparkan sekumpulan individu memukul seorang lelaki sambil diperhatikan beberapa yang lain.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Melvin Zheng Wenxin yang memaparkan pergaduhan di sebuah pasar raya di Ipoh.

Katanya, satu laporan polis telah diterima pihaknya dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis sedang mengesan kesemua individu dalam kejadian itu bagi membantu siasatan. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia akan menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI