fbpx
Martinez memuat naik video di TikTok menceritakan kisah tragisnya yang ditinggalkan sebulan selepas menderma buah pinggang kepada ibu wanita itu. - TikTok

Pengorbanan sia-sia, lelaki ditinggal kekasih selepas derma buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACRAMENTO, California – Seorang lelaki dari Baja, California meluahkan rasa kecewa apabila ditinggalkan kekasih selepas sebulan dia mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu.

Uziel Martinez memuat naik beberapa siri video di laman TikTok yang menceritakan bagaimana dia dengan rela menawarkan diri untuk mendermakan buah pinggangnya kepada ibu teman wanitanya.

Menurut Martinez, dia menyangka pengorbanannya itu cukup untuk mengukuhkan hubungan mereka,  namun ternyata ia tidak berlaku.

Lelaki itu ditinggalkan kekasihnya sebulan selepas pembedahan mendermakan ginjal dan wanita itu kini berkahwin dengan orang lain.

“Saya dermakan buah pinggang untuk ibunya dan dia tinggalkan saya lalu berkahwin dengan lelaki lain,” tulis Martinez.

Video tersebut diulang tonton hingga 14 juta kali dan rata-rata, netizen meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku pada Martinez.

Terharu dengan sokongan pengguna media sosial, Martinez berkata,  dia sudah menerima hakikat kejadian dan tidak berdendam.

“Saya dan dia tidak bergaduh,  namun dalam masa sama bukan lagi kawan. Kami sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

“Video ini hanya sekadar luahan hati dan saya tidak menyangka ia akan tular begini,” jelasnya. – Agensi

 

POPULAR