fbpx

Kedai emas MGD perluas outlet baharu di Mydin Seremban 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nijeesh (tiga dari kiri) menyaksikan Aminuddin (kiri) menyerahkan cenderahati kepada pelanggan terawal Kedai Emas MGD di Mydin Seremban 2 baru-baru ini.

SEREMBAN – Syarikat barang kemas antarabangsa, Malabar Gold & Diamonds (MGD) meluaskan perniagaannya di negara ini dengan pembukaan cawangan baharunya di pusat beli-belah Mydin Seremban 2 di sini.

Ketua Jenama MGD, Nijeesh Parayil berkata, pembukaan outlet tersebut merupakan ca­wangan kelimanya di Malaysia sejajar dengan perancangan syarikat untuk meluaskan jenama tersebut di Negeri Sembilan.

Menurut beliau, MGD yang berpangkalan di Kerala, India kini mempunyai lebih 260 cawangan di 10 buah negara termasuk Malaysia, India, Dubai, Bahrain, Qatar, UAE dan Singapura.

“Kami menyasarkan lebih ramai pelanggan tempatan memilih barang kemas di MGD yang menyediakan emas berkualiti dan pelbagai rekaan terkini dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan MGD baru-baru ini.

Majlis pembukaan cawangan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Nijeesh, MGD yang merupakan syarikat kelima terbesar di dunia dalam industri emas dan permata untuk perhiasan wanita turut komited meningkatkan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan serta latihan kemahiran kepada rakyat tempatan dalam bidang berkaitan.

“Bagi tahun ini, MGD me­rancang untuk menambah dua cawangan baharu di Pulau Pinang dan Senawang, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

“Selain itu, syarikat juga sedang meninjau prospek perniagaan di negeri lain termasuk Kelantan, Terengganu dan Sabah,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pembukaan cawangan baharu MGD me­nunjukkan keyakinan syarikat antarabangsa yang mengiktiraf Negeri Sembilan sebagai lokasi terbaik untuk meluaskan pasaran perniagaan.

“Difahamkan MGD meng­eksport emas dan perhiasan wanita sekitar RM15 juta setahun ke beberapa negara dan kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan mereka,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI