fbpx
Pembentukan aneh berwarna biru berkilauan itu terletak berhampiran sebuah bandar di Algeria. - Google Maps

Hamparan pasir biru di Gurun Sahara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS, Algeria – Laman sosial Reddit memaparkan satu penemuan menakjubkan di Gurun Sahara iaitu sebuah  kawasan yang berkilauan dengan warna biru, lapor akhbar Daily Star semalam.

Penemuan itu dibuat menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps dan dipercayai belum pernah diteroka oleh manusia secara fizikal.

Kawasan tersebut diberi nama Blue Upside Nike kerana berbentuk muncung terbalik dan menampilkan warna biru berkilauan.

Kawasan pelik itu sebenarnya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menaiki penerbangan ke rantau itu menggunakan laluan Aeroport Regional De Reggane yang terletak kira-kira satu kilometer(km) dari tapak penemuan tersebut.

Pengguna Reddit yang menemui kawasan itu, OutOfBounds_Matrix, menyifatkannya sebagai hamparan nilam bercahaya biru yang indah.

“Grid di sekelilingnya kelihatan seperti buatan manusia, terbentang lebih daripada 75km dari utara ke selatan dan  200 meter di antara setiap garisan grid,” jelasnya. – Agensi

POPULAR