fbpx

Stor belakang Rumah Anak Yatim Mary terbakar, penghuni selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stor berkeluasan 6,400 kaki persegi musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Sebuah stor simpanan barang yang terletak di belakang asrama Rumah Anak Yatim Mary, Jalan Air Mawar 1, Setapak, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ahmad Daniel Ahmad Kamal berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.31 pagi.

“Seramai 26 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Wangsa Maju, Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Sentul dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya petugas di tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku melibatkan stor simpanan barang berkeluasan 6,400 kaki persegi di belakang banglo dua tingkat yang menempatkan asrama anak yatim itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran tersebut menyebabkan 80 peratus bahagian stor simpanan itu musnah.

“Ketika pasukan tiba kesemua penghuni seramai 37 orang telah keluar, mereka terdiri daripada kanak-kanak lelaki (12 orang), kanak-kanak perempuan (20 orang), lelaki dewasa (2 orang) dan wanita dewasa (3 orang),” ujarnya.

Katanya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 2.21 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI