fbpx
India akan mewajibkan pemasangan enam beg udara bagi kenderaan dengan kapasiti lapan penumpang. - Google

India wajibkan pemasangan minimum enam beg udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Kementerian Pengangkutan Jalan Raya India akan  mewajibkan syarikat pengeluar  kereta untuk menyediakan sekurang-kurangnya enam beg udara dalam kenderaan bermotor dengan kapasiti lapan penumpang, lapor laman berita Wion News semalam.

Langkah yang bakal diambil itu bagi meningkatkan keselamatan jalan raya penumpang dan  berkuat kuasa pada Oktober tahun ini.

Kementerian sama juga berkata,  keputusan itu dibuat bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan dengan meminda Peraturan Kenderaan Bermotor Pusat (CMVR) 1989.

Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya India, Nitin Gadkari berkata,  beliau telah meluluskan Draf Pemberitahuan Peraturan Berkanun Am (GSR) bagi kewajiban pemasangan beg udara tersebut.

“Draf pemberitahuan telah dikeluarkan pada 14 Januari lalu yang mewajibkan kenderaan kategori M1 keluaran selepas 1 Oktober 2022, hendaklah dipasang dengan dua beg udara pada setiap sisi badan, setiap satu untuk kerusi penumpang,” jelasnya.

Mengikut data terkini kerajaan, sebanyak 1,16,496 kemalangan jalan raya berlaku di lebuh raya negara itu pada 2020 dan menyebabkan 47,984 kematian. – Agensi

POPULAR