fbpx

[VIDEO] Daniel jalani khidmat sosial 120 jam di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk semakan kehakiman hari ini.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 dikenakan Mahkamah Majistret Selayang terhadap seorang remaja lelaki yang videonya tular apabila terpaksa menjadi ‘jenazah’ sebelum ini.

Ini seterusnya membolehkan Daniel Iskandar, 19, mempunyai rekod bersih daripada segala hukuman berkenaan.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebaliknya menggantikan kepada khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

“Pesalah (Daniel) perlu melaporkan diri kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini dan hadir mengikut jadual dan mematuhi setiap aktiviti.

“Kerja khidmat masyarakat itu dikhususkan di masjid,” katanya dalam penghakimannya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI