fbpx

Kylie Jenner wanita pertama catat 300 juta pengikut di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KYLIE Jenner menjadi wanita pertama dengan jumlah pengikut di Instagram mencecah 300 juta. - CNN

WASHINGTON – Bintang realiti televisyen dan jurusolek, Kylie Jenner menjadi wanita pertama yang mendapat 300 juta pengikut di laman perkongsian gambar Instagram, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh majalah Amerika Syarikat (AS), People.

Jenner dilaporkan sedang hamil anak kedua dengan seorang penyanyi rap terkenal, Travis Scott.  

Dia jarang memuat naik status baharu dalam akaun Instagramnya sejak tragedi yang berlaku di festival muzik Astroworld melibatkan Scott. Seramai 10 orang maut dan ramai lagi mangsa yang cedera dalam insiden tersebut.

Gambar terbaru yang dimuat naik adalah tentang kehamilannya pada permulaan tahun ini. 

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh penyanyi dan jurulatih ‘The Voice’, Ariana Grande dengan 289 juta pengikut.

Jumlah akaun dengan pengikut paling ramai setakat ini adalah milik pemain bola sepak professional, Cristiano Ronaldo dengan 389 juta pengikut setakat kelmarin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI