fbpx

Penjelasan hukum sokong kelab bola sepak iktiraf LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Umat Islam boleh menyokong pasukan bola sepak kegemaran masing-masing tetapi sokongan hanya atas dasar minat terhadap seni bola sepak yang dipamerkan.

Namun, bukan turut serta menyokong kempen dan polisi yang dipegang oleh sesebuah kelab seperti kempen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Itu tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi mengulas persoalan membabitkan hukum menyokong kelab bola sepak yang mengiktiraf LGBT.

PMWP berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk meminati mana-mana kelab bola sepak menyatakan solidariti, atau kelab yang berkempen ke arah normalisasi LGBT atas dasar mereka sebagai pasukan bola sepak.

Jelasnya, sokongan perlu tanpa rasa reda dengan kempen promosi yang dijalankan.

“Tidak menjadi satu kesalahan kalau sekadar menyokong mana-mana kelab bola sepak yang menyatakan solidariti, atau kelab yang berkempen ke arah normalisasi LGBT atas dasar mereka sebagai pasukan bola sepak.

“Dalam kita menyokong kelab bola sepak yang diminati, hati kita mestilah disertai dengan rasa tidak reda dengan kempen mempromosi LGBT yang dijalankan itu,” katanya.

Tambahnya lagi, umat Islam dilarang untuk memakai jersi yang mempunyai simbol sokongan pasukan kelab masing-masing terhadap gerakan LGBT kerana termasuk dalam kategori berkempen ke arah kemaksiatan.

“Kita juga dilarang untuk memakai jersi yang mempunyai simbol sokongan terhadap gerakan LGBT seperti simbol pelangi pada lengan jersi.

“Dilarang juga untuk mengongsikan hantaran-hantaran di media sosial yang mempromosi amalan LGBT, kerana ia juga termasuk dalam kategori berkempen ke arah kemaksiatan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI