fbpx

Mangsa banjir serbu kedai elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai beratur untuk membeli barang elektrik di sebuah kedai di Kuala Selangor.

KLANG – Penduduk yang terkesan banjir khususnya di daerah ini mula menyerbu kedai-kedai elektrik untuk menebus baucar pembelian peralatan itu yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah premis mendapati peralatan elektrik yang menjadi rebutan ialah seterika, kipas mudah alih, ketuhar dan peti sejuk.

Situasi tersebut membuatkan para peniaga tidak menang tangan untuk melayan kunju­ngan pelanggan yang datang, namun masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Seorang penduduk, V. Sijaya, 60, berkata, dia memanfaatkan sebaik mungkin e-baucar yang diterimanya untuk membeli tiga peralatan elektrik berjumlah RM480 bagi kegunaan keluar­ganya.

“Syukur sebab dapat Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB). Dapat juga ringankan beban selepas musibah ini.

“Memang ingin beli barangan elektrik lain, namun keperluan ketika ini lebih kepada membaiki rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi seorang lagi mangsa banjir, S. Letchumani, 35, dia berharap agar kerajaan negeri turut melakukan perkara sama dalam pemberian e-baucar memandang­kan banyak barangan elektrik kini diperlukan oleh penduduk terutama untuk menjalani kehidupan harian.

“Saya bukan orang senang dan dengan pendapatan bawah RM2,000 sebulan, banyak perkiraan yang perlu dibuat sebelum membeli sesuatu.

“Kami berharap ada lagi pu­singan kedua bagi pemberian e-baucar pembelian elektrik dan mahu kerajaan negeri mengikut jejak kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengumumkan bantuan RM500 untuk pembelian peralatan elek­trik domestik kepada mangsa banjir yang terkesan.

Ia melibatkan 1,100 kedai yang menjual barangan elektrik dan telah mendaftar bagi me­nyertai program e-rebat itu.

Bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna dan pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang ditenggelami banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI