fbpx

Jawi, MAIWP lancar program dana dan waqaf al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daud (tengah) bersama Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail (kiri) ketika majlis pelancaran program dana dan waqaf al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini melancarkan program sumbangan dana dan waqaf al-Quran.

Majlis pelancaran program itu berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Mohd. Daud Bakar.

Jawi menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, program itu khusus bagi membantu menyediakan al-Quran kepada pihak yang terkesan dengan musibah banjir baru-baru ini.

Menurutnya, program itu berlangsung selama sebulan dan menyasarkan kutipan dana berjumlah RM700,000 bagi membeli sekurang-kurangnya 10,000 naskhah al-Quran.

“Orang ramai dan pihak yang berminat boleh menghulurkan infaq dan sumbangan melalui tabung waqaf al-Quran atau kod QR yang disediakan di 89 buah masjid di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Sumbangan boleh disalurkan menerusi Akaun Masjid Wilayah Persekutuan di 14023010023833 (Bank Islam Malaysia Bhd.),” katanya.

Katanya, sehingga kini, sejumlah RM 170,000 sumbangan dana waqaf al-Quran telah diterima daripada beberapa pihak termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group Bhd., Masjid Jamek Kampung Baru, Pusat Pungutan Zakat dan Wakalah Zakat MAIWP, Lembaga Tabung Haji dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Inisiatif ini dilaksanakan susulan banyak naskhah al-Quran yang rosak dan musnah akibat banjir sama ada dialami oleh individu atau institusi seperti masjid, surau dan sekolah di beberapa kawasan di seluruh negara.

Ia juga sebagai lambang solidariti dan keprihatinan di samping menyuburkan amalan membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran dalam masyarakat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI