fbpx

Transaksi tol RFID bermula pukul 10 malam 15 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) digalakkan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bermula pukul 10 malam pada 15 Januari ini.

PLUS dalam satu kenyataan media berkata, peralihan kepada sistem pembayaran menggunakan Tag Touch ‘n Go RFID itu untuk memastikan perjalanan yang senang, selamat dan selesa.

“Rujuk pautan https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres untuk mendapatkan dan memasang tag tersebut melalui Pusat Pemasangan RFID.

“Anda juga boleh mendapatkan tag tersebut secara online melalui pautan https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag,” kata kenyataan itu hari ini.

Kementerian Kerja Raya sebelum ini memaklumkan transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di lebuh raya PLUS bermula 15 Januari 2022.

Pelaksanaan itu akan menjadikan lorong RFID tersedia di seluruh jaringan infrastruktur lebuh raya bertol di pantai barat Semenanjung selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI