fbpx

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja berjaya daftarkan 161,906 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PUTRAJAYA – Seramai 161,906 pendatang tanpa izin (PATI) berjaya didaftarkan menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sebaik program itu tamat pada 31 Disember lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada jumlah itu, seramai 129,428 orang sudah diambil bekerja oleh majikan masing-masing.

Beliau berkata, selepas berjaya didaftarkan, mereka akan diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan boleh mula bekerja.

“Kebanyakan mereka terbabit dalam sektor pembuatan, perladangan dan pembinaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN dan Amanat Tahun Baharu 2022 di sini hari ini.

Bagi Program Rekalibrasi Pulang pula, Hamzah berkata, setakat ini, seramai 206, 510 PATI sudah mendaftar manakala, 175,583 daripadanya sudah pulang ke negara asal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI