fbpx

Ditipu penderma sperma, wanita enggan terima bayi dikandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut enggan menerima bayinya dan ingin menyerahkannya kepada mana-mana individu. – Shutterstock

TOKYO – Gara-gara ditipu penderma sperma mengenai latar belakang pendidikannya, seorang wanita di Jepun  mahu  menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut laporan, wanita berusia dalam lingkungan  30-an yang identitinya tidak didedahkan itu sebelum ini menggunakan bantuan seorang lelaki agar dia dapat mengandungkan anak keduanya.

Dia bertindak demikian selepas diberitahu bahawa suaminya mempunyai masalah kesihatan. 

Disebabkan itu, mereka menggunakan khidmat seorang ‘lelaki Jepun’ yang didakwa merupakan graduan dari Universiti Kyoto serta mempunyai kehidupan yang berjaya.

Bagaimanapun, selepas disahkan hamil  hasil daripada hubungan seks dengan lelaki tersebut, wanita berkenaan mendapat tahu bahawa dia sebenarnya merupakan seorang lelaki dari China, malah bukan graduan universiti.

Justeru itu, wanita tersebut menyaman lelaki berkenaan sebanyak 330 juta yen (RM12 juta) selepas mendapat tahu mengenai identitinya yang sebenar.

Dia juga ingin menyerahkan bayi yang dikandungnya kepada mana-mana individu untuk dipelihara kerana mengalami tekanan perasaan akibat pembohongan itu.

“Di Jepun, tiada sistem awam atau undang-undang bagi proses pendermaan sperma,” kata peguam wanita tersebut dalam satu sidang akhbar.

Tambah peguam tersebut, anak guamnya mengalami tekanan perasaan akibat kecaman yang diterima susulan keputusannya yang enggan menerima bayi tersebut.

“Dia mempunyai pemikiran yang sempit kerana menganggap anak seperti sebuah objek. Saya berpendapat adalah lebih baik sekiranya bayi itu diserahkan kepada individu yang boleh menjadi ibu atau bapa angkat yang baik,” kata seorang pekerja kebajikan kanak-kanak, Mizuho Sasaki. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI